UJIAN KEIMANAN........siri pertama
Mukminin dan mukminat......setiap kita, siapa dan dimana saja....individu atau jamaah, sebati dengan keperibadian dan pembawaan bahawa kita tentu sekali sentiasa memohon dan berlindung dari suatu bala dan ujian dengan Allah SWT.
Kekalahan dalam perjuangan, Kemalangan dalam perjalanan. Permusuhan dalam perhubungan. Berseteru dalam hubungan kekeluargaan. Atau apa saja yang menggangu fikiran dan ketenangan diluar kebiasaan.
Perkara yang dipohon dariNya dan diusahakan ialah sebuah kemenangan, kejayaan atau suatu kebangkitan. Dalam kontek individu lebih senang disebut kebahgiaan.

Benarnya seorang individu atau sebuah kumpulan dalam gerak kerja mencapai satu matlamat yang sama yang dicita-cita dan dikongsi bersama itu jika diadun dengan doa yang istiqamah dan hubungan yang kukuh dengan Allah SWT.
Permintaan dan gerak ikhtiar tambah mulia jika matlamat yang dituju itu adalah matlamat yang sah dan benar disisi al-Islam.
Usaha dan pembinaan menuju kearah kesempurnaan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam kontek individu atau jamaah dan amal jamaie pastinya diuji oleh Allah SWT. Kita yang berpegang bahawa penyertaan dalam pilihan raya adalah suatu hukum mencapai taraf wajib perlulah menyedari bahawa kita sekarang dalam detik-detik ujian dari Allah SWT.. Pilihan raya umum ke13 boleh diadakan bila-bila masa.
Sejauh mana keyakinan dan benarnya pegangan kepada hukum tersebut akan terjawab secara telus. Berbagai gerak kerja pilihanraya adalah bentuk-bentuk soalan yang perlu dijawab langsung oleh kita. Perlaksanaan kerja jamaie adalah kemenangan. Melaksanakan kerja adalah suatu markah lulus dari Allah SWT.. Apatah lagi jika disertai kekhlasan mendapat redhaNya.
Bagi pengikut atau ahli, ujian kesetiaan dan kepatuhan kepada pimpinan dan matlamat jamaah adalah ujian yang paling besar. Bagi pimpinan pula, ujian mengemudi jamaah agar menepati dengan dasar al-Quran dan al-Hadith adalah ujian yang amat besar.
Kesemua ujian ini dineraca dan didatangkan ALllah SWT dalam berbagai bentuk kebendaan dan pandangan keduniaan serta pangkat dan harta benda.
Kehebatan ujian itu adalah suatu bukti kehebatan penyusunan Yang Maha "al-Latif" Halus Allah SWT. Kehebatan individu dan kekuatan jamaah ialah dengan lulusnya menghadapi kepelbagaian bentuk penyusunan ujian dari Allah SWT.

Detik-detik perjalanan PAS telah melalui berbagai cerita dan kisah yang diluar dugaan. Dicelah-celah kisah dan cerita itu, itulah rupa bentuk ujian dari Allah SWT.
Secara umum, sebagaimana yang disebut tadi kita telah faham bahawa pilihan raya adalah ujian kepada keimanan dan pengabdian kita selaku anggota sebuah jamaah Islam..
Secara umum, sebagaimana yang disebut tadi kita telah faham bahawa pilihan raya adalah ujian kepada keimanan dan pengabdian kita selaku anggota sebuah jamaah Islam..
Ujian Allah SWT, melalui nilai sesebuah posisi jawatan akan menjatuhkan dan menghancurkan manusia jika gagal ditangani dengan keimanan. Setiap jawatan yang bernama apa dan diperingkat mana pun wajib dipenuhi kerana tiada organisasi jika tiada pemimpin.
Namun, sikap dan rasa hati manusia terhadap berbagai jawatan itu adalah suatu ujian. Jawatan adalah "mekanisme" penyusunan ujian hubungan antara hamba dan al-Khaliq dari sudut "jaga nama", "menaikkan nama", "dapat jawatan dapat menguasai", "masuk RM", "pegang jawatan rasa dihormati", "rasa mulia dengan jawatan" dan bermacam rasa serta angapan.
Ingat !!! , ia bukan semata suatu "mekanisme" sebagai pengisian pelengkap sesebuah organisasi semata tetapi ia adalah antara bentuk penilaian Allah SWT terhadap pegangan asas setiap manusia.

Manakala seseorang yang gilakan jawatan akan melakukan apa saja demi mendapatkan jawatan. Kegagalan memperolehi jawatan yang digilakan memberi kesan yang buruk kepada mereka yang bersifat demikian.. Dari sinilah timbulnya berbagai cerita dan formula dari orang yang gagal.
Dilihat dari sudut sebuah jamaah seperti PAS ukuran kegagalan dan kehancuran seseorang individu dapat dilihat bilamana berlakunya kekecewaan dan wujudnya sikap yang menyebabkan engan bekerja untuk PAS atau Pakatan Rakyat dikala pilihan raya.
Tanpa disedari, matlamat asal berubah bila berlaku kegilaan atau hilang pertimbangan kepada pegangan asas ketika waras dan sihat terhadap erti dan makna sebuah pangkat dan jawatan. Ketika diri dikuasai 'standard' sedemikian sebarang nasihat dan pandangan dirasakan sebagai suatu masalah pula !.

Dari sinilah munculnya berbagai cerita dan formula hasil kekecewaan dan kegagalan mendapat jawatan yang diingini. Keengganan bekerja kerana merasa diri tidak diperlukan. Perasaan malu menguasai diri. Perasaan marah yang mengawal hati. Kegagalan mendapat jawatan menyebabkan diri terasa tidak disanjungi. Malah menuduh dan menghukum pimpinan atasan dengan berbagai tuduhan dan hukuman yang bersumberkan hati yang rosak sehingga tidak dapat membendung sangkaan buruk dan andaian kotor. Inikah yang dikatakan politik ?
Akhirnya membentuk kumpulan tak resmi dikedai-kedai kopi mencari kesalahan pimpinan dan anggota jamaah yang selama ini seperti isu dengan kuku atau seperti aur dengan tebing sehati sejiwa sepandangan menggerakkan jamaah dan masyarakat.
Dipopularkan bahasa, "kita sayangkan jamaah [ PAS ] tapi kita tidak mahu kepada pimpinan tertentu" ....samada diperingkat kampung, kawasan [ UMNO menamakan 'bahagian' ] atau negeri dan nasional kerana alasan yang dibuat-buat. Kata mereka lagi, "Kita tidak akan tinggalkan jamaah tetapi kita tidak akan kerjasama lagi". "Kita tidak akan masuk UMNO tapi kita tidak akan undi pimpinan itu". "Kita tidak akan undi UMNO tapi kita pun tak undi juga PAS". Inilah biasanya bahasa-bahasa jumud sebuah kumpulan serpihan. Inikah yang dimaksudkan "politik itu kotor ?". Dari hubungan padi dan intim dengan pimpinan seaqidah dan seperjuangan menjadi musuh peribadi tanpa rasa malu ?
Matlamat asal dimana sekarang ? Dimana hukum yang diperjuangkan selama ini ? "Tidak kira siapa dan apa, tempurung atau katak puru bertanding pun kita akan sokong PAS". Ini ucapan ketika iman masih didada dan keikhlasan belum diuji.
Diperingkat kampung, yang menjadi perebutan ialah jawatan penghulu atau ketua sebuah cawangan. Diperingkat atas dengan nama-nama popular secara diperingkat atas. Akhirnya keperingkat kemuncak menggunakan hukum Allah SWT, haram menyokong individu yang dikatakan tidak mengangkat dan menyokongnya sebagai pemimpin.
Dalam PAS keperibadian sebegini tidaklah berleluasa. Kewujudan kes seumpama ini adalah terasing. Kewujudan kes begini adalah sebagai bukti kelemahan dan kekurangan seorang hamba dan jamaah akhir zaman.
Kerenah nafsu jahat dan berjiwa kotor berkebendaan dan keduniaan yang semacam ini jarang didengari. Ini kerana ahli PAS terdidik dengan asas hukum sejak penubuhannya sebagaimana yang tergambar pada muka surat pertama perlembagan PAS bahawa penubuhan PAS adalah bermatlamat "demi untuk menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia".

Jelas dan benar matlamat PAS sedemikian. Sekiranya ada individu sedemikian sikap maka tentunya ia menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan yang merosakkan PAS itu sendiri. Yang paling besar ia menjadi duri dalam daging al-Islam. Juga menjadi gunting dalam lipatan al-Islam kerana tidak tunduk kepada keimanan dan ketaqwaan. Menjadikan nafsu sebagai raja tanpa hujjah ilmiah.
Yang menjadi mangsa ialah golongan yang jahil. Kenapa pula haram ? Dimana hukum yang diperjuangkan selama ini ?. Bukankah selama ini begitu dan begini hukum dan janji Allah SWT telah diutara dan dikemukakan ?. Ia mengakibatkan perpecahan.

Inilah ujian keimanan yang melibatkan hati dan bidang ketasawufan iaitu kerohanian dalam perkara keikhlasan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. . Hukum sunat, wajib, haram, halal amat cekap bermain dilidah. Hukum usuluddin kafir, syirik, murtad dan kufur yang ditegaskan hilang entah kemana.
Hukum keakhlaqan dengan ikhlas, tawaduk dan sangka baik langsung tak ada dalam diri. Kepercayaan kepada hukum Allah SWT, "Allah SWT bersama mereka yang sabar", "Rezeki dari Allah SWT", "Kepentingan Islam mengatasi segalanya". Hukum-hukum itu tiada perkiraan lagi dan tidak menjadi perhatian untuk mengawal diri.
Sangka baik kepada kepimpinan yang bijak mengolah matlamat jamaah sudah hilang entah kemana. Ini adalah ujian Yang Maha Berseni Allah SWT kepada hambaNya yang selama ini sentiasa bersama dengan hukum. Jangan perangai peribadi yang kotor dengan dengki mengolah hukum mengikut cita rasa. Jika hukum dikeluarkan mengikut cita rasa maha tunggulah kehancurannya ! "Na'uzubilLahi minzaalik"
Hukum kewajipan bekerja menyahut cabaran perjuangan yang dipegang selama ini apatah lagi diambang pilihan raya dibatalkan kerana kekecewaan dan rasa malu kerana gagal menguasai dan mendapatkan jawatan. Jawatan bukannya jawatan besar tapi hanya mahukan gah, nama dan ingin menguasai ...konon !
Hakikatnya, jika sedemikian bererti telah lupa dan lalai ...lupa daratan dan lupa lautan....lupa tepi dan tengah. Lupakan kulit dan lupakan isi rohani dan iman !.
Saudara seperjuangan,
Kegagalan memahami dan menghayati apa yang dipaparkan ini adalah suatu kegagalan pada kita semua. "Jika anda sedemikian, jika tidak sedemikian, katakanlah, "na 'uzubilLahi minzalik".
Kegagalan itu menjadikan kita merundum. Merundum disisi manusia, apa ada pada manusia, kita adalah sama saja.

Bagaimana jika merundum disisi Allah SWT ?. "Suatu muhasabah" untuk pembinaan dan peningkatan ...kembali kepada kebenaran !
"ALLAH SWT YANG MAHA MENGTAHUI"
Menyahut Seruan Perjuangan.......seruan menyempurnakan ketaqwaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan