Isnin, 30 April 2012
Gerakan Pembersihan....BERSIH
Setiap pihak yang terlibat dengan usaha untuk menukar pemimpin dan pemerintah sesebuah negara menggunakan istilah pembaharuan untuk menunjukkan apa yang akan dilaksanakan.
Selasa, 10 April 2012
GUA MUSANG...didalamnya gelap
Tidak lama lagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib akan ke Gua Musang. Keputusan Najib untuk ke Gua Musang tentu telah dikaji dari pelbagai sudut. Boleh juga dikatakan, keputusan Najib untuk ke Gua Musang kerana semuanya telah beres, tiada masalah kecil atau besar. Beres !!!!. Boleh jadi juga rancangan Najib ke Gua Musang adalah suatu strategi UMNO untuk membereskan masalah di Gua Musang.
Apa masalah di Gua Musang ?
Apa masalah di Gua Musang ?
Masalah di Gua Musang terdapat didalam dan luar gua. Boss UMNO di Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah masalah besar bagi UMNO. UMNO tiada masalah jika orang bawahannya sentiasa "Yes" kepada boss besarnya, Najib. Pun UMNO tiada masalah jika orang bawahannya kata "No" kepada boss besar itu jika "No" itu datang dari mereka yang sekadar anak seluang dan bilis.
Kini yang bermasalah ialah Ku Li yang termasuk dalam golongan orang yang keramat dalam UMNO. Masalah !!!. Ramai menyebut, "Ku Li kini memberi masalah kepada UMNO, bukan saja di Gua Musang"
Kini yang bermasalah ialah Ku Li yang termasuk dalam golongan orang yang keramat dalam UMNO. Masalah !!!. Ramai menyebut, "Ku Li kini memberi masalah kepada UMNO, bukan saja di Gua Musang"
Persetujuan Najib untuk menjejakkan kaki di Gua Musang kerana semuanya telah dilapurkan dan diberi keyakinan kepada Najib, "beres boss, Tengku akan hadhir sama". Hadhir dan tak hadhir sama Ku Li kemajlis sama Najib pun memberi masalah !. Kebiasaan lepas, pembesar-pembesar UMNO tawar hati ke Gua Musang kerana "boss you tak layan I" .
Ku Li tak hadhir di majlis yang dianjurkan. Datanglah siapa di Gua Musang, Ku Li buat tak kisah. Sedangkan Ku Li adalah Ketua UMNO Bahagian Gua Musang. Akan "jatuhlah I, kalau I datang boss Gua Musang tak ada". Ini reaksi biasa kebanyakan pembesar UMNO tentang ketidakenakan kepada sikap Ku Li itu. "Kalau begitu UMNO tak berkembang untuk jangka masa panjang di Gua Musang dan sikap ini akan memberi kesan buruk kepada UMNO. UMNO buka milik peribadi Ku Li"
Kini, telah beres dan telah ada jaminan mungkin bahawa Ku Li akan menyambut Najib. Kalau Ku Li tak ada, jatuhlah Najib. Tercemarlah nama baik Najib dan UMNO jika Ku Li tak kerjasama.
Boleh jadi Najib tidak kisah samada Ku Li akan menyambutnya atau tidak. Atas sifatnya sebagai Presiden UMNO, Najib datang ke Gua Musang untuk menyelesaikan masalah Gua Musang.
Kedatangan Najib ke Gua Musang nanti akan menentukan sikap dan pendiriannya nanti. Diri Ku Li ada atau tiada akan jadi penentu. Keputusan yang berkaitan langsung dengan masa depan Ku Li sendiri dan keputusan berkaitan UMNO Gua Musang itu juga.
Najib pasti akan buat keputusan baru kerana masalah tak boleh dibiarkan berlalu tanpa sebarang perancangan baru.
Mungkinkah kedatangan Najib di Gua Musang untuk mengenal pasti dua isu besar iaitu sikap beberapa penghulu yang menjadi jurucakap tokoh-tokoh AJK Bahagian Gua Musang yang tidak mahukan lagi kepada Ku Li menjadi pemimpin di Gua Musang. Ini ada kaitan dengan masa depan UMNO, khususnya Gua Musang.
Najib turun kebawah, merendah diri kepada Ku Li yang telah sedia menunggu dan menyambut Najib adalah atas sifat menang-menang bagi diri Najib kerana Najib amat mengharapkan Ku Li bersamanya dalam pilihan raya umum nanti.
Dengan Ku Li bersama Najib nanti dikira Ku Li telah lunak dan selesai masalah Najib. Ku Li adalah antara talian hayat Najib. Lagi pun sememangnya Ku Li pernah menyatakan bahawa beliau akan berusaha UMNO menang di Gua Musang. Selepas terdengat Ku Li sebut demikian, UMNO buat keputusan, Presiden UMNO mesti ke Gua Musang untuk mencerahkan lagi Gua Musang.
Najib juga turun ke Gua Musang mungkin atas sifat ingin berjumpa dan melihat dari dekat sikap dan pendirian Ku Li. Mungkin selepas ini Najib akan bersama AJK Bahagian Gua Musang dan menolak 'keluar padang' Ku Li walaupun kini Ku Li telah pun diketepi dari kepimpinan UMNO.
Alasan Najib menolak Ku Li kerana sebahagian besar AJK Bahagian di bawah Ku Li telah menolak Ku Li. Bagi AJK tersebut, Ku Li tidak relevan lagi untuk mengemudi Gua Musang.
Najib dengan Ku Li umpama "ditelan pahit diluah sayang" atau "telan mati emak luah mati bapak". Ku Li memberi masalah kepada UMNO dalam isu royalti minyak Kelantan. Mengingatkan isu royalti, Najib kecewa dan rasanya mungkin nak ambil tindakan disiplin kepada Ku Li tapi Najib tak punya kekuatan.
Hakikatnya Najib tahu bahawa yang kebenarannya yang tersirat dalam isu royalti ialah pendirian Ku Li tetapi Najib tidak mahu berubah dan mengalah kepada Ku Li. Najib berbangga mungkin dapat mengekalkan dasar seperti sikap dan pendirian Mahathir dan Pak Lah. Najib menolak kebenaran kerana kepentingan UMNO !
Royalti tidak akan diberi kepada Kelantan walau macamana keadaan pun. Apatah lagi Najib tentu takut, segan silu kepada Mahathir ! Mengalah kepada pendirian Ku Li yang menyokong Kerajaan Kelantan itu merugikan UMNO. Ini fikiran Mahathir, Pak Lah dan kini Najib. Peduli soal keadilan walaupun ia merugikan Melayu Kelantan. Kerana ia Kelantan di bawah PAS perlu di buat penekanan untuk menjatuh merampas Kelantan dari pemerintahan PAS.
Najib, rasa tak lalu makan dan tak lalu minum akhir-akhir ini. Mandi tak basah dan tidur tak lena juga ada pada Najib kerana Ku Li telah mula menggerakkan AMANAH MERDEKA [ AM ]. Orang nombor dua AM telah berkeputusan akan berceramah atas pentas PAS nanti.
Tunggulah di Gua Musang nanti. Apa pun Najib akan gelap kerana terlewat memasang kebel letrik di Gua Musang dirumah Ku Li. Ku Li tidak akan mengalah kepada Najib ! Malam ini Ku Li akan berucap di KTC, Kota Bharu. Apa kata Ku Li.... jom kita kesana !
Isu Ku Li di Gua Musang PAS yang untung dengan ulasannya akan datang. InsyaAllah. Najib tetap bermasalah dengan Ku Li. Ku Li tokoh bahaya !.
Najib pun perlu menunjukkan sikap hormat kepada Ku Li walau pun Najib telah menendang Ku Li. Siapa Ku Li disisi Tun Razak perlu diingat Najib dan Ku Li juga pernah jadi murabbi Najib kerana Ku Li yang mengambil Najib masuk Pertonas !.
Allah Yang Maha Mengetahui
Menyahut Seruan Perjuangan....bina keyakinan dengan pertolongan Allah
Langgan:
Catatan (Atom)